Perak Hari Ini

MBI, MGTC Anjur Bengkel Pembangunan Pelan Pelaksanaan Bandar Rendah Karbon

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) mengadakan Bengkel Pembangunan Pelan Pelaksanaan Bandar Rendah Karbon dan Perolehan Hijau (GGP) selama dua hari bermula hari ini.

Menerusi satu kenyataan MBI berkata bengkel yang di sertai 25 kakitangan dan pegawai MBI itu diadakan bertujuan menghasilkan dokumen berkenaan usaha ke arah menjayakan Program Low Carbon City 2030 Challenge (LCC2030C) di bandar raya ini.

“MBI adalah salah satu daripada empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih untuk menyertai projek ini.

“Projek ini merupakan projek perintis bagi pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) di peringkat PBT di seluruh negara melalui aktiviti penukaran lampu biasa kepada lampu cekap tenaga dalam usaha menyokong inisiatif bandar rendah karbon.

“Matlamat utamanya adalah untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon di seluruh negara selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030,” kata kenyataan itu, hari ini.

Katanya lagi Penyediaan Blueprint Pelan Bandar Rendah Karbon juga akan menentukan strategi pelaksanaan dan sasaran MBI dalam mencapai pengiktirafan sebagai sebuah Bandaraya Rendah Karbon.

Sementara itu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi yang merasmikan bengkel tersebut berkata penganjurannya bertepatan dengan usaha MBI untuk menjadikan bandar raya ini sebagai sebuah ‘Bandaraya Dalam Taman’.

Beliau juga yakin Bandar Raya ini akan mencapai pengiktirafan Bandaraya Rendah Karbon mengikut acuan sendiri.

“MBI akan sentiasa terus bekerjasama dengan MGCC yang banyak membantu MBI dalam melaksanakan program pemasangan EV Charger, pemasangan Green Data Centre, projek MyRelamp serta penyediaan latihan berterusan kepada anggota MBI.

“Semoga penganjuran bengkel ini akan dapat meningkatkan pemahaman para peserta dalam menghadapi Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 dan seterusnya berjaya membantu merealisasikan hasrat bagi menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");