Perak Hari Ini

MBI Sertai Seminar Antarabangsa Secara Atas Talian

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatat sejarah tersendiri apabila Setiausaha Bandaraya, Zuraina Kamarul Ariff mengikuti Seminar Organisasi Promosi Pelancongan Untuk Bandar-bandar Di Asia Pasifik (TPO) secara atas talian, hari ini.

Dalam satu kenyataan MBI memaklumkan seminar yang berlangsung pada jam 9 pagi tadi itu melibatkan semua negara anggota TPO.

Katanya TPO mempunyai 127 bandar ahli yang terdiri daripada 15 negara selain ianya beribu pejabat di Busan, Korea.

“Sebelum persidangan bermula, Puan Zuraina telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Sekretariat TPO, Dr. Kim Soo-il.

“Dan seterusnya beliau akan mengadakan perbincangan berkenaan topik ‘Kerjasama Antara Bandar Dalam Usaha Memulihkan Sektor Pelancongan’ yang dijadualkan pada jam 12.20 tengah hari ini,” katanya.

Selain daripada itu jelasnya tujuh wakil bandar ahli TPO iaitu dari Busan, Bheemdatta, Foshan, Ho Chi Minh, Kuala Kangsar, Vietnam dan Jogjakarta akan membentangkan kertas kerja masing-masing.

Antaranya bertajuk ‘Pembangunan Semula Industri Pelancongan Pasca COVID-19 Di Busan’, ‘COVID-19: Pelan Pemulihan Pelancongan Di Perak’, ‘Respons COVID-19’, serta ‘Respons Kepada Pandemik COVID-19 dan Pelan Pemulihan Industri Pelancongan’.

“Manakala empat bandar ahli yang lain iaitu Busan, Pariaman (Indonesia), Ulsan Metropolitan City dan Taiping akan memberikan kata-kata aluan,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata inisiatif dengan mengadakan mesyuarat atau seminar secara atas talian sentiasa dilakukan sejajar dengan norma baru dalam tempoh pandemik COVID-19.

“Datuk Bandar telah mengadakan Mesyuarat OSC secara atas talian yang melibatkan 13 agensi teknikal dalaman dan 9 agensi teknikal dalaman pada 5 Mei lalu.

“Semoga seminar secara atas talian ini akan terus membantu MBI mencapai hasrat menjadikan Ipoh sebuah ‘Bandaraya Berkelas Dunia’,” ujar kenyataan sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");