Perak Hari Ini

Minta Pengendali Jelaskan Punca Pembukaan Lapangan Terbang Pangkor Tunda

PANGKOR- Kerajaan negeri akan memanggil syarikat pengendali Lapangan Terbang Pangkor, SKS Airways Sdn Bhd (SKS) bagi menjelaskan tentang punca sebenarnya pengoperasian lapangan terbang berkenaan tidak dapat diteruskan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Mohd Zolkafly Harun bagaimanapun berkata, bagi mencari pengendali lain, ianya bergantung kepada penjelasan pihak SKS nanti.

“Mungkin kita akan memanggil SKS untuk mengemukakan apa-apa cadangan, permasalahan mereka kepada exco kerajaan negeri dan kita akan mintak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membuat kajian supaya SKS berjumpa pihak kerajaan bagi memastikan apa masalah yang terhalang untuk mereka membawa atau memulakan penerbangan mereka ke Pulau Pangkor ini.

“Saya akan mntak UPEN berurusan dengan pihak pengurusan SKS untuk memberikan penjelasan kepada kita kenapa dan mengapa lapangan terbang ini tidak dapat diteruskan,” katanya kepada media semasa mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Pangkor, hari ini.



Terdahulu, pembukaan semula lapangan terbang tersebut terpaksa ditunda berikutan pesawat yang dijadualkan mendarat masih menunggu untuk pemeriksaan keselamatan dan teknikal.

Kata Mohd Zolkafly, jika pihak berkenaan tidak berminat untuk meneruskannya, kerajaan negeri boleh merancang projek yang boleh memberikan impak lebih tinggi kepada pulai bebas cukai berkenaan.

“Dengan ini kita berharap, usaha yang telah dimajukan kepada kerajaan negeri dan apa yang kerajaan beri kepada mereka supaya mereka dapat menyegerakannya di mana kita tidak mahu ia menjadi satu projek gajah putih.

“Kalau tak berminat tak boleh nak mulakan lagi sebagai lapangan terbang, pihak kerajaan boleh merancang untuk projek pembangunan yang lebih memberikan impak tinggi kepada Pulau Bebas Cukai.

Untuk rekod, Lapangan Terbang Pangkor dibuka sejak 1993 dengan landasan kapal terbang sepanjang 732 meter, namun berhenti beroperasi sejak Februari 2014.

Tambah beliau, selepas Pulau Pangkor dijadikan Pulau Bebas Cukai (PBC), ianya jelas memberikan potensi dan mampu memberi impak yang amat baik dari segi pelancongan.

“Saya difahamkan buat setakat ini, ada lebih kurang 166 hotel dan resort manakala terdapat 1,481 bilik dan kita akan pertingkatkan kepada 2,000 ke 3,000 dalam jangka masa lima tahun.

“Dengan adanya perancangan yang rapi daripada pemaju ataupun pengusaha hotel, maka dapat menyemarakkan sosioekonomi Pulau Pangkor dan memperbanyakkan kedai bebas cukai setaraf dengan apa yang ada di Langkawi, Labuan dan Pulau Tioman.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");