Sukan Hari Ini
Like

MU Masih Berbisa, Akhiri Aksi EPL Di Tangga Ketiga

July 27, 2020
340 Views
0 Comments
2 minutes read
MU Masih Berbisa, Akhiri Aksi EPL Di Tangga Ketiga

Manchester United membuktikan mereka masih sebuah kelab berbisa apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/2020 di tangga ketiga setelah menewaskan Leicester City 2-0 di Stadium King Power, kelmarin.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, kejayaan berkenaan begitu membanggakan khususnya dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan skuad The Red Devils itu pada masa hadapan.

Menurut Solskjaer, kejayaan itu sekali gus membuktikan bahawa dia sebagai individu yang paling layak bagi memacu kebangkitan gergasi EPL itu.

“Apabila saya menerima tanggungjawab di Old Trafford, saya percaya dengan cara saya untuk mengembalikan semula kegemilangan Manchester United.

“Saya melakukannya dengan cara saya dan itu adalah satu-satunya cara yang saya yakini mampu melakukannya. Pemain kelab ini juga telah dapat mengikutinya dengan baik sekali.

“Kami telah mara sehingga sejauh ini seiring dengan pembinaan budaya kelab. Saya sangat bangga serta gembira dengan semua usaha dan pencapaian pemain Manchester United,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan anak-anak buah Solskjaer dipaksa bekerja keras oleh barisan The Foxes sehinggalah Bruno Fernandes membuka jaringan pada minit ke-71 sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan United dengan gol kedua pada masa kecederaan memetik Sinar Harian.

Untuk rekod, Solskjaer tampil selaku pengendali sementara bagi menggantikan Jose Mourinho sebelum dilantik pengendali penuh sejak Mac lalu..

Sementara itu Solskjaer berkata, dia gembira dengan kemenangan berkenaan kerana ia telah berjaya membuktikan kata-kata pengkritiknya tersasar.

Malah menurutnya, dia berjaya mengemudi United untuk menamatkan saingan liga pada kedudukan jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan semua pihak pada awal musim.

“Semua ramalan mengatakan Manchester United akan menamatkan saingan pada tangga keenam atau ketujuh liga sahaja musim ini. Tapi pada saya itu tidak mengapa.

“Sekiranya saya mendapat kritikan, ia akan menjadikan saya lebih kuat dan lebih percaya pada apa yang saya lakukan. Saya membaca beberapa ramalan beberapa hari yang lalu.

“Kedudukan ketiga terbaik liga boleh disifatkan sebagai sesuatu pencapaian yang membanggakan untuk kelab ini seiring dengan pembentukan dan pembangunan semula kelab; tetapi musim depan kami ingin meninggikan lagi kedudukan kami sehingga kami sediri tidak dapat melihatnya,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.