Membawang Hari Ini
Like

“Mungkin Mereka Lebih Suka Aku Keluar Islam”

July 13, 2020
312 Views
0 Comments
1 minute read
“Mungkin Mereka Lebih Suka Aku Keluar Islam”

Usahawan kosmetik, Nur Sajat dikecam hebat baru-baru ini susulan tindakannya memuat naik video dan fotonya hanya memakai bikini sahaja di Instagram miliknya. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.

Tindakan Sajat itu turut mendapat perhatian beberapa golongan pendakwah yang menyeru orang ramai untuk memboikot produk dan peniagaannya. Malah, ada yang menggesa pihak Jabatan Agama untuk mengambil tindakan.

Menerusi Insta Story, Sajat meluahkan perasaan sedih dan kesal kerana merasakan dirinya ditindas oleh agamanya sendiri. Malah, Sajat merasakan dirinya tidak layak berpegang pada agama Islam. Sajat juga turut kecewa kerana ramai yang sesuka hati mahu menjatuhkan hukum terhadapnya.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kecaman, Sajat mengeluarkan kenyataan seperti mahu keluar daripada agama Islam demi memuaskan hati semua pihak.

“Kalau betul lah agama islam benci orang seperti aku, dan aku tak layak berpegang kepada agama Islamku dan semua orang nak jatuh hukuman terhadapku dengan melandaskan agama yang aku pegang, mungkin mereka lebih suka aku keluar demi mereka dapat pahala,” tulisnya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mahukan golongan transgender yang ditangkap perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.