Perak Hari Ini

NGO Mahu MB Perak Lantik Wakil MIC Sebagai Pegawai Khas

IPOH: Sebanyak 50 organisasi bukan kerajaan (NGO) daripada masyarakat India meminta agar Menteri Besar Perak melantik seorang wakil daripada MIC sebagai pegawai khas dalam menyelaras hal ehwal masyarakat India di negeri ini.

Wakilnya, Dr V.Jayabalan mendakwa oleh kerana ketiadaan wakil dalam pentadbiran kerajaan negeri, masyarakat India di negeri ini tidak mendapat faedah yang sebaiknya khususnya di Buntong dan Kampung Simee.

“Sebagai contoh ketika pandemik COVID-19 melanda negara awal lalu, kerajaan telah memberikan banyak insentif namun masyarakat India tidak mendapat begitu banyak.

“Ini berlaku kerana tiada wakil kami di sini dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dapat memberikan gambaran sebenar keadaan masyrakat India di Perak,” dakwanya.

Selain itu katanya hanya wakil daripada MIC yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana parti itu mempunyai pengalaman lebih 60 tahun bersama memimpin negara sebelum ini.

Katanya lagi MIC merupakan parti yang dekat dengan masyarakat India sehingga ke peringkat akar umbi.

“Walaupun kami menyokong prinsip berbilang kaum namun berkenaan menguruskan hal ehwal masyarakat India di negeri ini, kami berpandangan pemimpin daripada MIC adalah pilihan yang terbaik.

“Apabila adanya wakil kami dalam pentadbiran kerajaan negeri, masyarakat India akan lebih dekat dengan kerajaan negeri selain dapat terus memberikan sokongan kepada agenda kerajaan. Ia adalah situasi menang-menang,” tambahnya.

Dia berkata demikian ketika di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Terdahulu V.Jayabalan dan tujuh wakil NGO yang lain hadir bagi menyerahkan memorandum berkenaan isu tersebut kepada Pejabat Menteri Besar Perak.

Sejurus selepas sidang memorandum itu diserahkan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Menteri Besar, Asad Safwan Mazlan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");