Berita Hari Ini

Op Alkohol: 3 pemandu mabuk kena tahan

Tiga pemandu mabuk ditahan menerusi Op Alkohol di beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.

Ketiga-tiga pemandu, kesemuanya lelaki berusia antara 36 tahun hingga 55 tahun ditahan selepas ujian pernafasan ke atas mereka menunjukkan, kandungan alkohol dalam tubuh masing-masing melebihi paras dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pemantauan pihak polis mendapati masih ramai pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol walaupun penguatkuasaan sering dijalankan.

“Sepanjang operasi malam tadi, seramai 266 pengguna jalan raya dan 219 buah kenderaan diperiksa.

“Tiga pengguna jalan raya didapati memandu di bawah pengaruh alkohol telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi operasi itu juga, pihak polis mendapati masih ramai pengguna jalan raya didapati memandu tanpa lesen yang sah.

“Seramai 44 orang dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan 26 daripadanya kerana tiada lesen memandu.

“Mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen yang sah,” kata Nik Ezanee.

Katanya, pihak polis memandang serius terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu tanpa lesen yang sah, justeru pihaknya akan terus mengadakan operasi pemeriksaan daripada semasa ke semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");