Perak Hari Ini

Pantau SOP, JKM Jalankan ‘Spot Check’ Di Taska Dan Pusat Jagaan

IPOH- Selepas perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setakat ini tiada sebarang tindakan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di buat terhadap mana-mana taska dan pusat jagaan di Perak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Katanya, bermula dari 25 April sehingga 17 Julai, sebanyak 60 buah taska dan 47 buah pusat jagaan telah dilawati di seluruh negeri yang mana rata-ratanya pemantauan dibuat secara mengejut.

“Setakat ini di Perak belum ada lagi taska atau tadika yang diambil tindakan ekoran melanggar SOP dan walaupun taska dan pusat jagaan mula dibuka pada awal Julai.

“JKM dari semasa ke semasa memang sentiasa membuat pantauan yang kita namakan ‘Spot Check’ yang dilakukan secara tidak berjadual, maknanya mengejut dan kita akan mengadakan di Ipoh ini juga diseluruh negeri Perak,” katanya kepada media semasa mengadakan pemeriksaan SOP di Taska Kinder Joy dan Pusat Jagaan Sri Joy, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster jangkitan Covid-19 yang mana kes positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu.

Mengulas perkara tersebut kata Wan Norashikin, semua taska dan pusat jagaan tidak seharusnya memandang ringan tentang perlaksaan SOP.

“Saya berharap SOP ini diteruskan bukan sahaja di taska ini tetapi di semua taska dan tadika sama ada berdaftar dengan JKM mahupun yang tidak berdaftar.

“Jika dilihat anak-anak ini mengamalkan memakai topeng muka dan pelindung muka dan yang paling penting adalah penjarakan sosial serta pemerhatian pihak tadika dan taska untuk melihat kalau ada gejala yang disyaki maka kita kena terus mengasingkan mereka.

“Bilik pengasingan juga merupakan salah satu SOP yang ditetapkan kerajaan dan jika ada simptom seperti deman atau selsema perlulah diasingkan dan dirujuk terus ke pihak kesihatan kerana mereka ini adalah golongan yang berisiko tinggi atas faktor umur.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");