Berita Hari Ini

Peluang peniaga Melayu bersama rancakkan sektor ekonomi

Penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) membuka lebih peluang kebersamaan untuk peniaga Melayu dalam merancakkan sektor ekonomi negara, sekali gus mampu memperkasa dan memberi manfaat kepada golongan itu secara keseluruhan.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abd Halim Husin, berkata langkah bagi mewujudkan dasar yang telus dan bersandar kepada kesaksamaan dengan peniaga daripada kaum lain sudah lama disuarakan pihaknya serta badan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain.

“Jika pelaksanaannya benar dan dapat mencapai perancangan yang dimaksudkan, seluruh kaum Melayu akan dapat manfaat.

“Melayu boleh memperkasa ekonomi semasa dan merapatkan jurang ekonomi dengan milikan bukan Bumiputera,” katanya kepada BH.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, kerajaan akan mewujudkan MKB, yang bakal dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.

Katanya, MKB adalah sebahagian daripada kerangka intervensi strategik untuk memandu dan mempercepat pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui usaha peningkatan kapasiti dan keupayaan merentas pelbagai program.

Abd Halim bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mahu peniaga Melayu mendapat keistimewaan tanpa asas yang kukuh.

“Mereka perlu mendapat setimpal dengan apa yang mereka usahakan, bertanding dengan cekap dan menumpukan usaha berasaskan kecekapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");