Berita Hari Ini
Like

Pembakaran Hutan Di Kalimantan, Indonesia Isytihar Darurat Pada 1 Julai

July 4, 2020
319 Views
0 Comments
1 minute read
Pembakaran Hutan Di Kalimantan, Indonesia Isytihar Darurat Pada 1 Julai

RATUSAN titik panas akibat pembakaran hutan dikesan di Kalimantan berisiko menyebabkan jerebu sehingga ke Malaysia dan Singapura.

BH Online yang memetik Agensi melaporkan kira-kira 1.6 juta hektar hutan dilaporkan terbakar setakat ini, disifatkan terburuk sejak 2015 sehingga kerajaan Indonesia terpaksa mengisytiharkan darurat pada 1 Julai lalu.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada Indonesia apabila pelbagai usaha dan dana ketika ini disalurkan bagi menangani pandemik COVID-19.

Ketua Mitigasi Bencana Kalimantan, Darliansyah, berkata pihaknya mengesan lebih 700 titik panas di wilayah berkenaan berdasarkan data satelit.

Katanya, pihak berkuasa sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran termasuk menggunakan pesawat pengebom air dan melaksanakan pembenihan awan sejak kebakaran mula berlaku pada Mei lalu.

Operasi memadam kebakaran dijangka berterusan sehingga hujung September ini.

Tahun lalu, Indonesia mengeluarkan amaran keadaan asap akibat pembakaran hutan kepada rakyatnya dengan beberapa wilayah di negara itu sudah mengarahkan sekolah ditutup, susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat.

Keadaan itu ditambah dengan corak iklim El Nino yang memburukkan lagi musim kebakaran hutan, berpunca daripada aktiviti pembersihan dan pembakaran hutan serta semak untuk tujuan pertanian, termasuk perladangan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.