Panasnya Hari Ini

Pembangkang Akan Tekan Kerajaan Isu Jajaran Asal ECRL Di Parlimen

PETALING JAYA: Pembangkang akan menggunakan sidang Parlimen yang bermula 13 Julai ini untuk menekan kerajaan supaya menjelaskan cadangan kembali kepada jajaran asal projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata kembali kepada jajaran asal “tidak munasabah” kerana ia menelan kos yang tinggi.

“Saya tidak faham mengapa kerajaan sekarang memilih untuk kembali kepada kos asal yang jauh lebih tinggi. Apa kepentingannya? Siapa wakil kutip komisen? Siapa ada kepentingan perdagangan di situ?” katanya kepada pemberita selepas program PKR di Port Dickson hari ini.

Beliau berasa pelik kerana rundingan sudah dibuat berhubung projek itu, dan rakan di China dan tempatan “terima kos boleh diturunkan secara agak tinggi”.

“Kemudian dikembalikan kepada projek asal,” katanya.

Anwar Ibrahim

Anwar sedia menyokong usaha kerajaan Perikatan Nasional jika rundingan semula jajaran ECRL ke arah pengurangan kos lapor FMT.

“Tapi untuk kembali mengangkat peningkatan kos itu tidak munasabah,” katanya.

Beliau mengulas laporan laman berita perniagaan yang mengatakan Putrajaya sedang membincangkan kemungkinan kembali kepada jajaran asal projek itu.

Jajaran asal akan melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor melalui Gombak, Serendah, dan Pelabuhan Klang.

Pentadbiran lepas bagaimanapun mengubah jajaran itu, dengan menggugurkan Bentong dan Gombak. Sebaliknya dari Mentakab, Pahang ia akan memasuki Negeri Sembilan melalui Kuala Klawang dan kemudian Selangor melalui Bangi/Kajang, ke Putrajaya, dan Pelabuhan Klang.

Pemeliharaan Rabung Kuarzit Klang Gates – rabung kuarza tulen terpanjang di dunia – di Gombak antara sebab jajaran baru itu.

Jajaran baru itu, termasuk pengurangan stesen dari 24 kepada 20, mengurangkan kos projek daripada RM66.5 bilion kepada RM44 bilion.

Bekas perdana menteri, Najib Razak bagaimanapun terkilan dengan pengguguran stesen Gombak dan Bentong, mengatakan ECRL perlu merentasi Banjaran Titiwangsa melalui 2 kawasan untuk memendekkan masa perjalanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");