Perak Hari Ini

Pemergian ADUN Slim: MB Perak Sifatkan Kehilangan Sahabat Yang Dianggap Saudara Sendiri

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sebagai kehilangan besar buat negeri.

Beliau mewakili kerajaan negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Khusairi.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Negeri Perak dan juga rakyat di kawasan DUN Slim serta UMNO Bahagian Tanjung Malim.

“Saya juga telah kehilangan seorang sahabat yang telah saya anggap sebagai saudara kandung sendiri.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Faizal turut mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi kehilangan itu.

Allahyarham yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang petang tadi kerana mengalami serangan jantung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");