Perak Hari Ini

Pemergian Datuk Khusairi Kehilangan Besar Kepada UMNO- Saarani

IPOH- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad menyifatkan kehilangan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sebagai satu kehilangan besar buat UMNO.

Beliau turut menzahirkan menzahirakan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan tersebut.

“Saya bagi pihak UMNO dan BN Perak mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga YB Dato Khusairi Abdul Talib atas pemergian beliau ke rahmatullah petang tadi.

“Ini merupakan kehilangan besar kepada UMNO, Barisan Nasional dan rakyat di Tanjung Malim khususnya,” katanya.

Tambah beliau, jasa dan pengorbanan Allahyarham akan terus kekal bersama parti berkenaan.

“Jasa dan pengorbanan beliau untuk terus kekal bersama UMNO dan BN di saat kita kehilangan kuasa menunjukkan komitmen Allahyarham terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Doa kami agar roh beliau diletakkan bersama para pejuang serta orang-orang beriman,” katanya

Mohd Khusairi Abdul Talib disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada petang tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");