Berita Hari Ini

Pemuda Umno hantar memorandum, tubuh RCI Tabung Haji

PEMUDA Umno hari ini menyerahkan memorandum menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji (TH).

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya berkata memorandum itu diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, petang tadi.

“Segala tuduhan salah laku dan penyelewengan kini hanya boleh dirungkaikan melalui penubuhan RCI yang bertindak secara bebas dan berkecuali.

“Malah keyakinan dan kepercayaan rakyat dan umat Islam terutamanya pendeposit boleh dikembalikan apabila bukan sahaja isu lama dapat diselesaikan, malah cadangan penambahbaikan dapat digarap sebaiknya menerusi RCI yang bakal dibentuk kelak,” katanya.

Semalam, beberapa ahli Parlimen mencadangkan RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga TH yang lepas, ketika sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");