Berita Hari Ini

Pengguna TNB Nikmati Dua Faedah Bantuan Sekaligus

KUALA LUMPUR – Kesemua 7.66 juta pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dapat melihat secara terperinci faedah yang diperoleh daripada 10% diskaun Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) pada bil elektrik bulan April, Mei dan Jun pada bulan ini.

Bil tersebut akan diterima pelanggan bersama bil bulan Julai dalam masa tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dibuat.

Dalam bil tersebut, ia akan memperincikan penggunaan bil-bil April, Mei dan Jun yang  ditolak dengan 10% diskaun Rangsangan Ekonomi bagi setiap bulan.

Diskan Rangsangan Ekonomi itu merupakan kadar yang dinikmati berdasarkan penggunaan elektrik bulanan bermula 1 April hingga 31 Disember 2020.

Bil tersebut juga tertera manfaat daripada BPE iaitu penggunaan elektrik percuma sehingga RM231 atau RM77 sebulan untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 sahaja.

Ini bermakna, di dalam bil berkenaan para pengguna dapat melihat dua bantuan yang diberikan dalam Rangsangan Ekonomi dan BPE dalam meringankan beban mereka membayar bil elektrik.

Jadi, bil berkenaan memaparkan jumlah bil bulan Julai yang perlu dibayar selepas mengambil kira bantuan-bantuan tersebut.

Jika ada lebihan bayaran yang telah dibuat oleh pengguna, maka ia akan dibawa ke dalam bil seterusnya.

Orang ramai boleh berhubung dengan TNB CareLine 1-300-88-5454 atau e-mel [email protected] atau kunjungi Kedai Tenaga berhampiran untuk pertanyaan lanjut. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");