Perak Hari Ini

Perak Beri Bantuan Tambahan RM1.66 Juta Kepada PEMATAP

IPOH- Kerajaan Perak melulusan peruntukan tambahan sebanyak RM1.66 juta kepada Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP) hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, peruntukan berkenaan disalurkan bagi membantu memperhebatkan lagi Maahad tahfiz sekaligus dapat memperbaiki tahap pembelajaran pelajar di institusi berkenaan.

“Semasa saya melancarkan pakej ransangan ekonomi, saya umum bantuan kepada Maahad Tahfiz di Perak dan hasil perbincangan kerajaan akan menambah peruntukan sebnyak RM1.66 juta.

“Pecahan peruntukan yang diberikan termasuk RM560,000 bagi bantuan pengurusan Maahad Tahfiz, RM568,800 bagi bantuan saraan untuk bulan Jun 2020, RM125,800 bagi bantuan kos operasi PEMATAP, RM159,000 bagi mewujudkan pengkalan data dan sistem bersepadu Maahad Tahfiz Perak, RM150,000 bagi bantuan Penganjuran Program PEMATAP dan sebanyak RM100,000 bagi bantuan Tabung Modal Koperasi PEMATAP,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP), hari ini.

Pengerusi PEMATAP, Mohd Azlan Suhaimi menyampaikan pengiktirafan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai ‘Icon Tahfiz Care Perak’ 

Terdahulu, Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Kedua, kerajaan negeri telah luluskan peruntukann RM3.4 juta kepada PEMATAP untuk bantuan kepada 112 Insititusi Maahad Tahfiz Swasta di Perak.

Di bawah pakej fasa dua berkenaan, seramai 2,830 tenaga pengajar maahad tahfiz menerima bantuan sara diri sebanyak RM800 seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan RM2.26 juta dan kerajaan negeri turut memberi bantuan RM10,000 kepada 116 buah maahad tahfiz swasta dengan peruntukan berjumlah RM1.16 juta bagi meringankan beban kewangan.

Dalam pada itu katanya, PEMATAP juga bercadang untuk menubuhkan koperasi supaya dapat menjana pendapatan bagi kembali membantu operasi maaahad tahfiz dan juga program PEMATAP.

“Saya berharap dengan bantuan tambahan daripada kerajaan negeri Perak ini, PEMATAP akan dapat berkembang dengan maju dan saya harap usaha untuk memperbaiki tahap pelajaran anak tahfiz dapat sentiasa pertingkatkan dan memastikan sekolah tahfiz didaftarkan secara rasmi dgn kerajaan kita perlu mengikut segala peraturan sebuah sekolah yg selamat diduduki oleh anak-anak kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");