Perak Hari Ini

Perak Lulus Elaun Tanggujawab Khas Sebanyak RM100

IPOH- Kerajaan Perak telah meluluskan pembayaran Elaun Tanggungjawab Khas (ETK) kepada Kumpulan Pelaksana Gred N22 dan W22 Hakiki bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri sebanyak RM100 sebulan.

Setiausaha Agung Kebangsaan Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakad Ali berkata, jumlah keseluruhan penjawat awam yang bakal menikmati elaun adalah kira-kira 220 orang.

Katanya, tuntutan elaun ETK ini telah dibuat pihaknya hampir 10 tahun dan pada tahun 2018, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

“Satu perjuangan kertas kerja yang dibuat daripada tahun 2009 diakhiri dengan kejayaan yang saya rasakan kesatuan cukup teruja dengan apa yang diterima pada hari ini.

“Walaupun pentadbiran silih berganti, kesinambungan bantuan daripada kepimpinan terdahulu agar dapat menyelesaikan masalah ini. Kami amat bangga dengan kerajaan negeri kerana memberi kelulusan dengan kadar segera

“Tuntutan mula dibuat pada tahun 2009 dan pada 2010 kami telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan dan perkara tersebut menjadi rentetan pada setiap tahun dan ianya telah di semak semula beberapa kali,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu media melaporkan Kerajaan Negeri setuju untuk mengecualikan syarat tertentu bagi pemberian ETK kepada Ketua Pembantu Tadbir (pengkeranian/operasi) di negeri ini.

Kata Ahmad Faizal, syarat yang dikecualikan itu termasuk Ketua Pembantu Tadbir pada gred hakiki 22, 26 dan 28 tidak lagi perlu menyelia atau memantau orang bawahan untuk layak menikmati ETK.

Menurut Amir Hamzah yang juga AJK AUEGCAS Perak, katanya bukan semua negeri yang membayar elaun tersebut tetapi hanya beberapa negeri sahaja iaitu Kelantan, Perak, Terengganu dan Johor.

“Pihak yang membayar elaun berkenaan adalah Pihak Berkuasa Tempatan negeri iaitu Majlis Bandaraya Ipoh,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pada masa akan datang, kesatuan sedang berusaha untuk memohon elaun gred penyeliaan untuk gred 26 dan 28.

Menurut beliau lagi, keahlian di negeri ini antara yang teramai di Semenanjung Malaysia.

“AUEGCAS adalah sebuah kesatuan yang memberjuangkan nasib pembantu tadbir, Pengkeranian Operasi gred N, Kwangan gred W, Pegawai Khidmat Pelanggan dan gred-gred yang bersekutu termasuklah gred-gred yang rendah.

“Di Perak kita mempunyai ahli dianggarkan seramai 1300 dan kita masih lagi berada di carta teratas di semenanjung Malaysia dengan keahlian teramai.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");