Perak Hari Ini

Perak Prihatin, Cari Jalan Bantu Khalid Jamlus

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri begitu prihatin terhadap kebajikan bekas para atlet yang memberikan sumbangan kepada negeri.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) memaklumkan bahawa, pihaknya akan mencari jalan bagi membantu Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus yang dikhabarkan menjual kasut emas miliknya menerusi bidaan secara langsung di Facebook.

“Buat masa sekarang pihak Pafa memang sentiasa menitik beratkan kebajikan bekas-bekas para pemain dan semalam saya ada berbincang dengan beberapa rakan untuk berbincang dengan Khalid untuk mencari jalan bagaimana kami boleh membantu beliau untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik tanpa perlu menjual barangan dengan nilai sentimental seperti kasut emas dan sebagainya,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP), hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tentang tindakan Khalid menjual kasut emas yang dimenanginya pada tahun 2002 dengan harga RM10,500 menerusi bidaan secara langsung di Facebook sekaligus telah membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Kata Ahmad Faizal, baru-baru ini beliau juga telah berjumpa pihak Pafa semasa mengadakan latihan bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Khalid tentang inisiatif yang akan dilakukan mereka.

“Saya baru bercakap dengan beberapa rakan karib, saya tidak dapat berjumpa dengan Khalid lagi, tetapi saya jumpa dengan rakan-rakan Khalid semalam, saya pergi latihan bola sepak Pafa.

“Saya ada berbincang dan mereka berkata mereka mahu berjumpa dengan Khalid, tengoklah apa yang kita boleh lakukan untuk membantu.

“Kita bukan bantu sebagai kerajaan atau persatuan tetapi sebagai sahabat yang membantu,” katanya.

Media melaporkan, bekas penyerang kebangsaan berkenaan berjaya merangkul anugerah kasut emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Mengikut rekod, kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu dengan memiliki lesen kelas B.

Walaubagaimanpun, beliau turut mengingatkan para pemain supaya lebih kreatif dalam memikirkan cara bagi meneruskan kesinambungan hidup selepas menamatkan kerja sebagai atlet.

“Dalam masa yang sama saya kira tentu lebih ramai bekas pemain yang sebenarnya terkesan dengan tekanan hidup pasca Covid-19 ini malahan, sebelum Covid-19 pun ramai bekas-bekas atlet yang mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas kerjaya sebagai pemain bola kerana persiapan diri perlu diperbaiki.

“Untuk pemain sekarang, perkara adalah sebagai satu peringatan, sukan yang kita main bukanlah sebegalanya. Ini juga pengajaran tetapi kita amat bersimpati dengan Khalid dan kita akan cari jalan untun membantu beliau dan rakan-rakan lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");