Perak Hari Ini

PH Perak Belum Terima Sebarang Pencalonan Kerusi Dun Slim

IPOH- Pakatan Harapan (PH) Perak masih belum menerima sebarang pencalonan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang kosong selepas kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang.

Ketua Pembangkang, Dr Abdul Aziz Bari mengulas perkara berkenaan ekoran daripada tindakan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang meletakkan calon sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

“Setahu saya, saya tidak meneriman sebarang pengesahan dari Keadilan Pusat berkenaan dengan penamaan calon atau sebagainya. Itu mungkin sentimen oleh Saudara Farhash,” katanya kepada media di Wisma DAP Perak, hari ini.

Jelas beliau, walaupun ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan Keadilan akan meletakkan calon tapi setakat ini belum ada keputusan rasmi.

Bagaimanapun katanya, PH telah membincangkan perkata tersebut namun belum secara spesifik meletakkan mana-mana calon kerana sebelum ini kerusi berkenaan ditandingi oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Setakat ini kita sudah berbincang tapi belum secara spesifik untuk sama ada meletak calon, tetapi memang kita secara serius membincangkan untuk meletakkan calon dan oleh kerana kerusi ini sebelum ini di tandingi oleh Bersatu.

“Dengan apa berlaku dalam Bersatu saya jangka ada pihak dalam Bersatu sama ada kumpulan ini atau kumpulan yang itu akan meletakkan calon sekurang-kurangnya untuk membuktikan bahawa kumpulan berkenaan lebih kuat jadi, PH akan pastikan bahawa tidak ada laluan mudah untuk pihak Perikatan Nasional (PN).

“Kita akan pastikan PH bergerak sebagai satu pasukan dan jentera dan saya sebagai ketua Pembangkang akan memastikan segala sumber dan tenaga,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) DUN Slim.

Penentuan itu dibuat selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengenai kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Beliau yang merupakan Naib Pengerusi DAP Perak berkata, situasi kini jelas lebih menjurus akan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) untuk membentuk satu kerajaan yang lebih stabil dan selesa.

“Nampaknya mood sekarang ini mengarah kepada sukar untuk kita menafikannya kerana ramai dah bercakap dan dalam keadaan mejoriti yang sangat kecil kita faham majoriti didapti dengan cara yang sebegitu malahan saya rasa dari segi pentadbiran dan rakyat sendiri saya lihat mereka tidak selesa dengan kerajaan yang begitu nipis majoritinya,” katanya.

Pada PRU14 lalu, Allahyarham Mohd Khusairi menang di kerusi DUN Slim menewaskan calon Bersatu dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");