Berita Hari Ini

PKPP: Masjid Boleh Pasang Khemah Tambahan Dalam Kawasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pengurusan masjid untuk memasang khemah tambahan di luar masjid bagi membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat Jumaat dan solat fardu.

BH Online melaporkan bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan khemah itu hanya boleh dipasang di dalam kawasan masjid dan tidak boleh diletakkan di luar pagar masjid.

Selain itu, katanya, pengurusan masjid perlu memastikan jemaah yang solat di bawah khemah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, khususnya membabitkan penjarakan sosial.

“Sebelum ini, saya umumkan kebenaran untuk jemaah menunaikan solat di luar ruang solat utama masjid, namun ada permohonan (memasang khemah).

“Jadi, mesyuarat khas menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bersetuju membenarkan mereka memasang khemah di luar masjid, tetapi mestilah dalam kawasan masjid, tak boleh di luar pagar.

“Namun, walaupun kita benarkan khemah di luar masjid, SOP mesti dipatuhi. Suhu semua jemaah perlu disaring dan kehadiran dan butiran mereka mesti direkodkan, selain penjarakan sosial perlu dilaksanakan di dalam khemah,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");