Berita Hari Ini

Polis Buru Lelaki Pakai Gelang Tangan COVID-19 Minum Di Restoran

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang tular di media sosial, hari ini.

Astro Awani melaporkan foto lelaki tersebut yang dipercayai sedang makan di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, ibu negara jelas menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kirinya yang menandakan dia sedang menjalani proses kuarantin.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.

“Walaupun begitu tindakan telah diambil untuk mengesan dan mengenal pasti lelaki tersebut.

“Polis menggalakkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) untuk membolehkan tindakan diambil secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Terdahulu tular di media sosial, pemilik akaun Twitter bernama @isaacosmanTV memuat naik sekeping gambar memaparkan lelaki berkenaan sedang duduk memegang telefon di kedai makan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");