Berita Hari Ini

Polis Pahang Siasat Individu Bakar Kucing

KUANTAN – Polis Pahang sedang mengenal pasti maklumat berkaitan seorang individu membakar anak kucing yang didakwa berlaku di negeri ini sebagaimana tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia maklum berhubung video yang tular itu dan kini dalam proses mengumpul maklumat untuk tindakan lanjut.

“Kita minta semua ketua polis daerah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti penduduk bagi mendapatkan maklumat berhubung kes ini

“Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan supaya pelaku dapat dikesan dan ditangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penghargaan Tolak Rasuah, Pengurusan Perumahan dan Anugerah Integriti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2019 di sini hari ini.

Video berdurasi 46 saat memaparkan tindakan seorang individu membakar anak kucing yang dikatakan berlaku di Pahang tular di media sosial sejak kelmarin.

Berdasarkan rakaman tersebut, individu berkenaan dipercayai menyimbah minyak sebelum membakar haiwan itu.

Dalam video berkenaan, jelas menampakkan kucing itu berlari dalam keadaan sedang terbakar.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia yang mengutuk perbuatan tersebut, malah menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat berhubung kejadian tersebut memetik Sinar Harian.

Menurut persatuan itu menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, mereka mendapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian berlaku di Pahang, namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");