Perak Hari Ini

PPN Perak Meterai Perjanjian Projek Kaolin Dengan Syarikat F&Q Mineral Sdn Bhd

IPOH- Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak telah bersetuju memilih syarikat F&Q Mineral Sdn. Bhd bagi menjalankan kerja-kerja mengkaji dan mengeluarkan kaolin di tanah milik PPN di kawasan Keramat Pulai.

Perjanjian antara kedua-dua pihak itu dilaksanakan melalui Pengerusi Ahli Jemaah PPN Perak, Datuk Sham Mat Sahat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan F&Q Mineral Sdn. Bhd, Mohamed Nor Fadhzil Sahul Hamid.

Pengerusi Ahli Jemaah PPN Perak, Datuk Sham Mat Sahat

Menurut Datuk Sham, pihak F&Q Mineral akan menjalankan kerja-kerja berkenaan seluas 20 ekar dari keseluruhan keluasan tanah iaitu 2,000 ekar yang terletak di laluan menghala ke Cameron Highland.

“Kita dapati tanah ini mempunyai kaolin di mana kita telah bermesyuarat dan bersetujuan memilih syarikat F&Q untuk menjalankan kerja-kerja mengkaji ataupun mengeluarkan kaolin pada tanah milik PPN.

“Sebenarnya projek ini telah lama malahan kita telah menawarkannya sejak tahun 2019 dulu tetapi oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan termasuklah penularan wabak Covid-19 ianya baru boleh dilaksanakan.

“Hari ini baru kita dapat bermesyuarat dan membuat keputusan semula dengan menandatangani perjanjian dengan syarikat F&Q Mineral untuk menjalankan kerja-kerja pengendalian dan mengeluarkan hasil kaolin ini,” katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Kaolin antara Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak dengan F&Q Mineral Sdn. Bhd di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Abdul Halim Ahmad dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Nurdin Mat Isa.

Sementara itu Mohamed Nor Fadhzil berkata, projek tersebut dilaksanakan mengikut syarat yang ditetapkan oleh lapan agensi untuk memastikan tiada kemusnahan atau berlakunya pencemaran.

“Syarikat akan mengikut syarat yang ditetapkan oleh lapan agensi malahan syarikat juga membuat perjanjian di mana selepas selesai projek tersebut, akan memulihkan semula kawasan berkenaan khususnya untuk pertanian.

“Bagaimanapun dari segi kesihatan pada badan manusia ianya tidak memberi kesan negatif kerana ianya terkandung dalam bahan perubatan,” katanya.

Kegunaan kaolin untuk industri sarung tangan adalah sebagai bahan getah sintetik, ianya turut digunakan untuk industri seramik, cat dan kegunanan industri lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");