Sukan Hari Ini

Presiden FUFC Meninggal Dunia

PRESIDEN Kelab Bolasepak Felda United (FUFC) Anuar Malek kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Harian Metro melaporkan perkara terbabit disahkan pengurusan Felda United selepas Allahyarham mendapat rawatan susulan berkaitan penyakit terbabit.

Allahyarham adalah seorang Presiden yang komited dalam membangunkan FUFC sejak penubuhan kelab terbabit.

Malah, Allahyarham turut mengambil berat kebajikan pemain dan pasukan sekali gus disegani banyak pihak menerusi usaha yang dilakukannya sepanjang memegang jawatan berkenaan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Pilah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Seremban.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");