Perak Hari Ini

PRK Slim: UMNO Ada 9 Nama Calon

PANGKOR- UMNO Perak memperkenalkan seramai sembilan orang calon untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Ogos akan datang.

Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kesemua calon tersebut mewakili Barisan Nasional (BN) yang mana merupakan anak tempatan daripada UMNO Bahagian Tanjung Malim.

Katanya, pada 25 Julai ini akan diadakan Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO negeri khususnya untuk membincangkan perihal PRK Slim.

“Kita bersiap sedia sekarang dan kita akan menyusun segala kegiatan dan juga kempen yang bersesuaian dengan peraturan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan pada 25 Julai ini akan adakan Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO negeri Perak khususnya yang akan membincangkan PRK slim ini.

“Ada kemungkinan akan dibincangkan sekali, nak kata senarai panjang kita dah ada dah dalam lapan ke sembilan orang semua tempatan semua dari UMNO bahagian Tanjung Malim,.

“Sudah tentu ada kriteria yang kita lihat, namun penjelasan secara terperinci mengenai calon itu biarlah Datuk Saarani Mohamad selaku Pengerusi UMNO negeri, umumkan,” katanya kepada media semasa mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pangkor hari ini.

Katanya, beliau yakin dengan kejayaan PRK pada kali ini berdasarkan kepada kekuatan dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini, tarikh penamaan calon ditetapkan 15 Ogos manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos ini.

Kerusi DUN Slim kosong selepas kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");