Berita Hari Ini
Like

Rakyat Bangladesh Puas Hati Layanan Kerajaan Malaysia Di Pusat Kuarantin

July 8, 2020
288 Views
0 Comments
2 minutes read
Rakyat Bangladesh Puas Hati Layanan Kerajaan Malaysia Di Pusat Kuarantin

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Wahida Ahmed berpuas hati dengan layanan Malaysia terhadap warga Bangladesh yang dikuarantin akibat COVID-19.

Menurutnya, berdasarkan komunikasi bersama rakyatnya, Wahida memaklumkan bahawa mereka yang dikuarantin juga berpendapat sebegitu.

“Kerajaan Malaysia menyediakan fasiliti kuarantin kepada warga asing dan menjaga mereka dengan baik termasuklah warga Bangladesh yang disahkan positif COVID-19 dan kami sangat menghargai kerjasama daripada mereka.

“Ini termasuklah dari aspek mereka membantu kami dalam urusan melawat pesakit, mendapatkan informasi dan melawat warga Bangladesh dalam pusat tahanan,” katanya kepada Astro AWANI.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan seorang rakyatnya seperti dilaporkan Al-Jazeera yang mengkritik layanan kerajaan Malaysia, Wahida menegaskan ia hanyalah kenyataan peribadi yang datang daripada seorang individu.

Hakikatnya, secara umum Malaysia dan Bangladesh mempunyai hubungan yang baik dan tahap kerjasama memuaskan.

“Bangladesh dan Malaysia sangat selesa bekerja bersama. Kerjasama ini diteruskan walaupun ketika tempoh COVID-19 di mana kita teruskan kerjasama dengan rakyat Malaysia juga teruskan kerjasama dengan pekerja Bangladesh yang bekerja di negara ini.

“Apa yang saya katakan ini bukan mewakili persepsi satu individu tapi persepsi secara keseluruhannya,” ujarnya.

Astro AWANI pada Selasa melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia meminta kerjasama orang awam untuk menjejak seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Individu tersebut, Md Rayhan Kabir, berusia 25 tahun dan dikesan di alamat terakhir di Sirhan Legacy, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Rayhan sebelum ini terbabit dalam laporan dokumentari terbitan Al Jazeerabertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown‘ dan mendakwa wujud diskriminasi dalam cara Malaysia mengendali kes COVID-19 membabitkan warga asing.

Komen & Pendapat

Comments are closed.