Panasnya Hari Ini

Rasuah: Bekas Pegawai SU Politik Kepada Bekas Menteri Direman

PUTRAJAYA – Bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri yang ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta, direman selama enam hari.

Menurut sumber, suspek direman bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap suspek, selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya,” kata sumber tersebut.

Menurut sumber, suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam, selepas hadir memberi keterangan.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat, sebagai balasan mendapatkan projek sistem itu secara rundingan terus dengan sebuah kementerian, pada sekitar Ogos 2019.

“Selain itu, SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000, serta dokumen berkaitan projek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM,” kata sumber itu kepada Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");