Berita Hari Ini

RM50 Dikreditkan Dalam e-Dompet Akhir Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna mulai bulan ini.

BH Online melaporkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-dompet pengguna akan diumumkan nanti.

“Kita akan kreditkan dalam bulan ini… hujung bulan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tekun Nasional, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini.

Inisiatif itu yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan pembayaran tanpa sentuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");