Sukan Hari Ini

Ronaldinho terus ditahan

Ronaldinho akan kekal ditahan dalam rumah di Paraguay.

Rayuan pemain Brazil dan abangnya terhadap hukuman menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara berkenaan dilaporkan ditolak.

Pada Mac, Ronaldinho dan Roberto de Assis didakwa cuba memasuki Paraguay dari Brazil dengan membawa dokumen palsu.

Adik beradik itu menghabiskan 32 hari di penjara sebelum dipindahkan ke tahanan rumah apabila membayar jaminan £1.3 juta pound (RM7.01 juta).

Bagaimanapun dia kekal dikurung dekat hotel empat bintang, Hotel Palmaroga dekat Asuncion selepas Globo melaporkan rayuannya ditolak Mahkamah Paraguay.

Walaupun diberi ‘presidential suite’ dan bilik untuk bermain bola sepak, dia merungut melalui tempoh yang sukar.

Legenda Barcelona dan Paris Saint-Germain itu menyifatkan apa yang dilaluinya sebagai “panjang” tanpa sebarang tanda penamat. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");