Membawang Hari Ini

“Saya Tak Sokong Sajat, Jangan Buat Main Bab Agama”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat berikutan tindakannya memuat naik video dan fotonya yang hanya memakai bikini. Kemudian, Sajat sekali lagi menjadi bualan apabila berkongsikan foto berkemban seolah sengaja mahu meraih perhatian.

Susulan isu tersebut, usahawan kontroversi, Safiey Illias mengakui dia turut sama terkena terpias isu Sajat itu. Malah, Safiey berkata dia tidak menyokong dengan apa yang dilakukan oleh Sajat kerana berkait rapat dengan hal agama.

“Saya tidak menyokong dengan apa yang Sajat buat. Jauh di sudut hati saya sebenarnya jangan buat main dengan bab agama dan perkauman kerana isu ini sensitif kepada masyarakat.

“Saya sendiri pergi mengerjakan Umrah dengan berpakaian lelaki. Apa yang Sajat buat memang saya kena tempias juga. Saya taktahu apa-apa. Tapi saya tak boleh terus mengutuk dia. Saya tak nak masuk campur dengan urusan dia,” katanya kepada Astro Gempak.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Safiey berkata dia memilih untuk berkongsi tentang kecantikan dan perniagaan. Ujarnya, tidak semua golongan mak nyah memberikan impak negatif.

“Jadi saya hanya akan bercerita tentang diri saya dari sudut positif. Takkan dia tayang buah dada saya nak bogel pulak.

“Saya kena tunjukkan sudut berbeza kepada masyarakat. Ada yang baik juga mengenai mak nyah ini contohnya dari segi kecantikan dan perniagaan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");