Panasnya Hari Ini

Saya Tak Tahu Mengenai Parti Baru, Kata Azmin

KUALA LUMPUR: Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak tahu mengenai parti baru yang dikatakan akan diketuainya.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai parti baru. Siapa kata ada parti baru?” kata menteri kanan itu selepas menghadiri majlis penyampaian sijil Sistem Pengurusan Anti-rasuah di Menara Miti hari ini.

Bulan lalu, bekas timbalan presiden PKR itu dilaporkan akan mengetuai sebuah parti baru berbilang kaum yang akan disertai sekutunya.

Mengenai kelewatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan meluluskan pendaftaran parti baru itu, ahli Parlimen Gombak itu berkata: “Ia kerana saya tidak pernah membuat permohonan.”

Azmin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, turut mengelak mengenai keahliannya dalam PPBM memetik FMT.

Bulan lalu, Azmin dilaporkan berkata, parti itu masih memproses keahliannya.

Beliau dilaporkan berkata, PPBM masih baru dan ada “proses yang perlu diikuti”.

Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azmin berkata: “Itu tidak betul. Ia berita palsu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");