Berita Hari Ini
Like

Speaker umum Anwar ketua pembangkang parlimen

July 13, 2020
242 Views
0 Comments
48 seconds read
Speaker umum Anwar ketua pembangkang parlimen

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) dipilih sebagai Ketua Pembangkang Parlimen

“Saya berpuas hati Anwar mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang,” kata Ariff.

Pada sidang hari ini Ariff juga menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) di Dewan Rakyat, termasuklah langkah penjarakan sosial. Maksudnya 174 MP akan diletakkan di ruang utama Dewan Rakyat.

Sekumpulan MP kerajaan dan MP bebas pula akan diletakkan di galeri awam manakala beberapa MP pembangkang akan diletakkan di kawasan kakitangan parlimen di bahagian kiri kerusi speaker memetik MKini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.