Panasnya Hari Ini
Like

SPR Terima Notis Pembubaran DUN Sabah

July 31, 2020
197 Views
0 Comments
39 seconds read
SPR Terima Notis Pembubaran DUN Sabah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15, kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

“Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, lapor Bernama.

Ikmalrudin berkata tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Komen & Pendapat

Comments are closed.