Perak Hari Ini

Suami Youtuber Didakwa

IPOH- Suami kepada Youtuber masakan terkenal, M. Sugu, 28 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 26 inci dengan perkataan Tiger.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail memohon mahkamah untuk tidak memberi jaminan kepada tertuduh memandangkan kesalahan berkenaan tidak ditawarkan jaminan, namun ianya bergantung kepada budi bicara hakim mahkamah.

Katanya, tertuduh merupakan seorang Youtuber terkenal dan menjadi ikon kepada suami-suami di luar, namun jika diletakkan amaun yang rendah ia akan menimbulkan salah faham kepada masyarakat tentang keseriusan kes.

Mohd Waffy mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000 memandangkan senjata berjadual di bawa oleh tertuduh telah ditemui di tempat awam yang dikategorikan sebagai kawasan selamat.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan turut menetapkan 17 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula malahan tertuduh perlu melapor diri pada setiap 1 hari bulan di balai polis berdekatan.

Hakim bagaimanapun berkata, mahkamah tidak akan pertimbangkan sama ada kes berkenaan melibatkan ikon atau tidak.

Jika disabitkan dengan kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 dan sebat.

Peguam Mahinderjit Singh memohon mahkamah membenarkan jaminan berikutan tertuduh ketika ini menanggung dua anak dan akan mematuhi segala syarat tambahan yang akan dikenakan.

Menurutnya lagi, senjata berkenaan ditemui disimpan dalam kenderaan bukan pada badan mangsa.

Tambah beliau ketika ditemui di luar mahkamah, mangsa, S.Pavithra, 28 juga telah menarik semula laporan polis pada 22 Julai yang lalu.

Pavithra yang dilihat turut hadir ke mahkamah menolak untuk memberikan sebarang komen berkenaan dengan kes terbabit.

Terdahulu media melaporkan, Sugu telah mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Isnin.

Dia telah dikenakan tahanan reman tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Julai oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Pasangan berkenaan didakwa bertengkar di parkir HRPB ekoran mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Pada hari yang sama, pejabat pengawal keselamatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang jururawat yang mendakwa ada melilhat seorang lelaki mabuk membawa sabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");