Membawang Hari Ini
Like

Sugu Pavithra Padam Semua Video Di YouTube

July 26, 2020
292 Views
0 Comments
1 minute read
Sugu Pavithra Padam Semua Video Di YouTube

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan kes mengenai pasangan YouTuber masakan popular apabila suaminya, M. Sugu didakwa mencederakan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejutkan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, semalam Pavithra telah menarik balik laporan polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja.

Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Namun begitu hari ini, saluran YouTube pasangan itu kini sudah kosong tanpa sebarang perkongsian video. Kemungkinan mereka memadam video masakan yang dihasilkan.

Tidak dapat dipastikan punca di sebalik tindakan drastik tersebut, bagaimanapun setakat ini masih tiada kenyataan daripada pasangan itu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.