Perak Hari Ini

‘Sugu Pavithra’ Tolak Jadi Sebarang Ikon, Mahu Hidup Biasa

IPOH- Pasangan YouTubers sensasi ‘Sugu Pavithra’ mengambil keputusan untuk tidak menerima sebarang pengiktirafan daripada kerajaan atau mana-mana pihak untuk dijadikan ikon.

M. Sugu, 28 berkata, beliau dan isterinya hanya akan memberikan fokus kepada Youtube dan ingin memulangkan semula pengiktirafan yang diberikan kepada mereka.

“Kami punya Youtube channel untuk family saja tapi jangan masuk campur hal politik, kami jaga Youtube dan nak fokus Youtube saja.

“Ikon Perak pun kami tak mahu memang fikir Youtube sahaja, kami orang biasa tapi janganla macam yang besar-besar kerana sebarang pangkat kami tak mahu,” katanya kepada media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majestrit, petang tadi.

Mengulas tentang insiden berkaitan beliau dan isterinya, katanya, setiap keluarga sudah tentu mempunyai masalah tersendiri dan perkara ini bukanlah satu masalah yang besar.

Tambah S.Pavithra, 28, beliau beranggapan bahawa mereka tidak layak untuk mendapatkan sebarang pengiktirafan malahan ramai di luar sana yang lebih layak.

“Suami cakap kami memang tak layak untuk mendapat ikon Perak sebab ramai orang yang berbakat ada di luar sana dan ramai orang yang sudah cuba sedaya upaya. Jadi carilah orang yang layak.

“Kami baru jadi Youtubers biasa dan kami tidaklah hebat sangat, dan kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.

“Ada lagi yang ramai di luar sana, jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham dan benda ni buatkan orang ramai sakit hati,” katanya.

Katanya lagi, beliau dan suaminya mahu hidup secara normal seperti keluarga lain.

“Lepas ni kami taknak jadi orang yang dikenali ramai. Kami biasa sahaja dan biarkan kami hidup biasa,” katanya.

Terdahulu Perak Today melaporakan, S Pavithra, 28, akan diumumkan sebagai antara 100 Ikon Anak Bandaraya Ipoh atas kejayaannya membuat video blog masakan di YouTube sehingga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pavithra dan suaminya M Sugu, 29, mula berjinak-jinak sebagai ‘YouTuber’ menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu dan sudah mempunyai lebih 784,000 pengikut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");