Berita Hari Ini

Tauke Nasi Kandar ‘Gelang Pink’ Ditahan Polis

JITRA – Seorang pengusaha nasi kandar di pekan Napoh di sini ditahan polis pagi tadi selepas disyaki ingkar arahan kuarantin di rumah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim yang mengesahkan tangkapan itu berkata, lelaki berkenaan dipercayai baru pulang dari India pada 13 Julai lalu dan diwajibkan kuarantin di rumah selama 14 hari.

Menurutnya, hasil keputusan ujian saringan Covid-19 yang pertama mendapati lelaki terbabit negatif wabak itu dan perlu melakukan saringan kedua pada minggu depan.

“Pihak polis yang menerima laporan daripada penduduk sekitar berjaya menahannya di kedai itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Ketika disoal lelaki terbabit mendakwa dia berada di situ untuk memantau perniagaannya pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, lelaki berkenaan dikompaun RM1,000 dan diarahkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah.

Dalam pada itu, gambar lelaki berkenaan yang memakai ‘gelang pink’ dan berada di kedainya tular di media sosial sejak tengah hari tadi memetik Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");