Panasnya Hari Ini

Tiada Kesalahan Dilakukan Dalam Isu ‘Jata Negara’, Kata Kumpulan Hak Asasi

PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengkritik siasatan ke atas seorang penerbit buku berhubung karya seni di kulit buku yang dikatakan menghina jata negara.

Katanya, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) hanya melarang penggunaan jata rasmi tanpa kebenaran bertulis daripada menteri.

“Pertama sekali, kita mesti betulkan dakwaan salah mengatakan suatu kesalahan sudah dilakukan,” kata penyelaras LFL, Zaid Malek.

“Ia tidak melarang sebarang persembahan seni yang diilham daripada jata seperti yang digunakan pada kulit buku itu, yang tidak akan menyebabkan mana-mana orang yang waras terkeliru dengan jata negara.”

Semalam, polis mengesahkan kes diasat bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebanyak 313 buku “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” dirampas.

Kulit buku itu memaparkan gambar suatu jata, menggabungkan kanak-kanak diapit 2 ekor harimau berwajah seperti manusia memijak seekor buaya.

Pemuda Umno menyeru tindakan diambil dan buku itu diharamkan. Pejabat Perdana Menteri juga memberi amaran tindakan akan diambil mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar).

Penerbitnya, Gerakbudaya, memohon maaf atas gambar itu dan berkata ia tidak berniat untuk menghina lambang negara.

Zaid berkata undang-undang lain dalam siasatan itu “bersifat menindas dan anti-demokrasi” dan harus dimansuhkan pada sesi Parlimen akan datang.

Memetik FMT katanya, karya seni itu karya lama dan pernah dipamerkan pada suatu pameran di Kuala Lumpur seawal 2014 semasa Barisan Nasional menjadi kerajaan.

“Jadi kenapa baru sekarang karya seni itu dianggap menyakitkan hati dan tidak boleh diterima.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");