Berita Hari Ini

Tiada rancangan untuk wajibkan pelitup muka

Kementerian Kesihatan tidak merancang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk mencegah gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kementerian, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa mewajibkan pemaikaiannya bermakna mereka yang ditangkap tidak memakai pelitup muka, misalnya, boleh dikenakan denda RM1,000 dan dipenjara jika gagal membayar kompaun itu.

“Kita tak nak guna kaedah tersebut (mewajibkan penggunaan pelitup muka) tetapi kita sangat menggalakkan (penggunaannya) terutama di tempat awam dan jika bergejala,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, virus berkenaan masih berleluasa, dan orang ramai mesti menjaga kebersihan serta mengamalkan langkah-langkah menjarakkan diri secara sosial.

“Virus (itu) boleh merebak dan kembali kalau kita leka,” katanya.

Sementara itu, mengenai vaksin, Dr Noor Hisham berkata Malaysia sedang dalam rundingan untuk mengambil bahagian dalam ujian fasa ketiga.

Namun, katanya, kajian terhadap kes pesakit dari kelompok Sungai Lui, tiga bulan setelah pemulihan, mendapati antibodi mereka terhadap Covid-19 telah menurun.

Justeru, katanya, persoalan tentang keberkesanan vaksin itu, dan apakah ia mampu memberikan imuniti jangka panjang masih sedang dikaji.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");