Perak Hari Ini
Like

Tidak Berpeluang Menunaikan Haji Disebabkan COVID-19, Anggaplah Ia Sebagai Ujian – Sultan Perak

July 31, 2020
296 Views
0 Comments
2 minutes read
Tidak Berpeluang Menunaikan Haji Disebabkan COVID-19, Anggaplah Ia  Sebagai Ujian – Sultan Perak

IPOH: Umat Islam di negara ini yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji tahun ini harus menganggap ianya sebagai satu ujian Allah yang memerlukan pengorbanan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah ianya sebagai usaha memerangi penularan wabak COVID-19 yang mana memelihara nyawa adalah amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kerajaan.

Titah Baginda, ketika dunia sedang menghadapi ancaman wabak tersebut, pendirian kerajaan Malaysia selari dengan ketetapan kerajaan Arab Saudi yang berpegang kepada prinsip ‘maqasid syariah’ yang menekankan keselamatan nyawa.

“Setiap yang berlaku, ditentukan Allah. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui rahsia yang terselindung dan hikmah yang tersembunyi di sebalik penangguhan ibadah haji pada tahun ini.

“Semoga Allah SWT menggantikan pengorbanan ini dengan ganjaran yang lebih baik.

“Kepada Allah kita berdoa agar mempertemukan kita sebaik penyelesaian bagi menghadapi wabak COVID-19 yang begitu mengancam kehidupan alam ketika ini, titah Sultan Nazrin.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Memperingati Hari Pahlawan di Kem Syed Putra, di sini, hari ini.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, turut berangkat.

Turut sama berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Terdahulu Baginda telah berangkat menunaikan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Briged Utara, Polis Gerakan Am (PGA) .

Hadir sama menunaikan solat sunat Aidiladha, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Solat sunat Aidiladha itu dipimpim oleh Imam, Sarjan Razali Musa.

Kira-kira 80 jemaah hadir mengerjakan solat sunat tersebut dengan pematuhan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.