Perak Hari Ini

Tindakan Saman Keluarga Adib: Timbalan Menteri Serah Pada Undang-undang

IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan kepada proses undang-undang berhubung tindakan sivil yang akan diambil Keluarga Anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib namun berkata pihaknya berharap agar keadilan terhadap Allahyarham dapat ditegakkan.

“Setakat ini ahli keluarga Allahyarham tidak ada berjumpa dengan pihak KPKT.

“Walau bagaimanapun yang pentingnya keadilan terhadap Muhammad Adib dapat ditegakkan. Bukan sahaja kes Allahyarham malah kes-kes lain juga,” katanya.

{“source_sid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1595153350802″,”subsource”:”done_button”,”uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1595153350797″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Lawatan Kerja Rasminya di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin serta Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman

Media sebelum ini melaporkan keluarga
Muhammad Adib akan mengambil tindakan tersebut atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

{“source_sid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1595153505981″,”subsource”:”done_button”,”uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1595153505975″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Sementara itu, Ismail berkata cadangan bagi meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan masih diperbincangkan.

Namun ujarnya beliau yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bersedia mengambil perhatian berkenaan perkara tersebut.

“Kita bukan hendak terlalu mendesak kerajaan namun kita fikirkan atas tanggungjawab dan komitmen mereka yang dirasakan wajar untuk terus dibela.

“Di samping pengorbanan mereka namun tidak mempunyai gaji tetap. Jadi wajar unruk kita tingkatkan kadar elaun mereka.

“Buat masa ini kita masih berusaha namun saya yakin Perdana Menteri akan prihatin berkenaan hal ini khususnya perkara yang melibatkan anggota keselamatan,” ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");