Panasnya Hari Ini

UMNO Dapat Kembali RM192 Juta, Tarik Balik Kes Hina Mahkamah Terhadap CIMB

KUALA LUMPUR: UMNO hari ini menarik balik permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap CIMB Bank yang didakwa tidak melepaskan wang berjumlah RM192 juta seperti diperintahkan mahkamah.

BH melaporkan Mahkamah Tinggi pada Jun lalu menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan melepaskan wang terbabit selepas ia menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang yang disita agensi itu.

Pendakwaan yang mewakili SPRM dan kerajaan mendakwa wang itu diterima UMNO daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam prosiding hari ini, peguam Tania Scivetti mewakili UMNO selaku pemohon memberitahu Mahkamah Tinggi, pihaknya menerima arahan daripada anak guam untuk menarik balik permohonan prosiding menghina mahkamah terhadap CIMB.

Sementara itu, peguam CIMB, Rabindra Nathan, berkata wang berkenaan sudah dinyah beku pada 3 Julai lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlam kemudian membatalkan permohonan UMNO.

Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wang UMNO yang dibekukan oleh kerajaan dua tahun lalu, bukan daripada Najib yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Sehubungan itu, Mohamed Nazlan memerintahkan supaya semua akaun berkenaan dinyahbeku dan diserahkan kepada responden.

Kerajaan memohon untuk melucut hak wang UMNO berjumlah RM192.965 juta; daripada Wanita MCA berjumlah RM300,000; dan dua syarikat iaitu daripada Binsabi Sdn BhdRM827,250; dan daripada Perano Sdn Bhd RM337,634.78.

Pada 3 Julai lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan SPRM untuk menangguhkan perintah supaya akaun itu dinyah beku sementara rayuannya dalam kes melucut hak harta itu diputuskan mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");