Berita Hari Ini

Umno mesti sedia calonkan PM, meski Muhyiddin dipilih, kata naib presiden

UMNO mesti menyediakan calon perdana menteri daripada barisannya walaupun Muhyiddin Yassin dipilih untuk jawatan tersebut sekiranya Perikatan Nasional memenangi Pilihan Raya Ke-15 kata Mohamed Khaled Nordin

Naib presiden Umno itu berkata walaupun parti itu tidak memenangi blok kerusi terbesar dalam pilihan raya akan datang, ia mesti memiliki calon yang bersedia untuk menduduki jawatan tersebut.

Beliau berkata bahawa Umno harus bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada pilihan raya akan datang.

“Walaupun saat ini Muhyiddin Yassin dicalonkan sebagai calon perdana menteri, namun Umno tidak boleh rigid dalam pendiriannya.

“Kita mesti mempunyai calon yang boleh mengumpulkan angka di antara anggota parlimen yang terpilih jika keadaan memerlukannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas menteri besar Johor itu menegaskan bahawa Umno mempunyai banyak calon yang layak menjadi perdana menteri.

Antara yang pimpinan yang memiliki kelayakan adalah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, naib presidennya, Ismail Sabri, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Kenyataan beliau tampil setelah pemimpin PAS dan Umno berkata bahawa parti-parti itu menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam catatan Facebook beliau mengatakan bahawa parti Islam itu menyokong kepimpinan perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan juga menyokong beliau sebagai perdana menteri seterusnya.

“PAS juga menaruh kepercayaan pada Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri pada PRU15,” tulis Hadi.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Annuar Musa berkata bahawa Umno dan PAS telah “sepakat secara prinsip” untuk menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya akan datang.

Annuar berkata, perjanjian ini dinyatakan dalam pertemuan Muafakat Nasional baru-baru ini, pakatan politik antara PAS dan Umno.

Khaled berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Bersatu dengan jumlah kerusi terkecil telah membentuk kerajaan.

“Parti itu yang paling lemah dalam Pakatan Harapan tetapi kerana perdana menteri adalah daripada partinya, parti dapat memikat penggubal dasar lain untuk berpihak kepadanya,” katanya lagi.

Khaled berkata perkara mencambahkan budaya politik yang tidak sihat.

“Kita tidak boleh setuju untuk melantik perdana menteri daripada parti yang tidak memiliki angka dan ini akan menjadikan kerajaan lemah,” katanya beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");