Panasnya Hari Ini
Like

UMNO Tak Sertai PN Bukan Keluar Kerajaan – Asyraf

July 30, 2020
210 Views
0 Comments
46 seconds read
UMNO Tak Sertai PN Bukan Keluar Kerajaan – Asyraf

KUALA LUMPUR – UMNO hanya buat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) yang belum berdaftar sebagai salah sebuah komponen bukan keluar daripada kerajaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lagi pun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga sudah menyatakan hasrat untuk sertai

“Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah mencadangkan agar Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional UMNO-Pas dapat memperhalusi dan mempertimbangkannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional, UMNO dan Pas sepakat untuk terus memperkukuhkan dan memperkasa MN.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat

Comments are closed.