Perak Hari Ini
Like

UMNO Tidak Sertai PN, Permohonan BERSATU Sertai Muafakat Nasional Diperhalusi – Zahid

July 30, 2020
293 Views
0 Comments
1 minute read
UMNO Tidak Sertai PN, Permohonan BERSATU Sertai Muafakat Nasional Diperhalusi – Zahid

KUALA LUMPUR: UMNO memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri.

“Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang menyatakan hasrat untuk menyertai MN akan diperhalusi.

Katanya Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan perkara tersebut dalam satu pertemuan di Parlimen tengah hari semalam.

“Hasrat BERSATU ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.

“Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya lagi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.