Berita Hari Ini

Waktu Melawat Hospital Dipendekkan – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menetapkan waktu melawat dan jumlah yang dibenarkan kekal seperti tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini bermaksud pelawat hanya dibenarkan memasuki wad bagi kes kecemasan, kritikal atau dalam keadaan memerlukan.

“Waktu melawat dipendekkan mengikut ketetapan hospital. Bagi temu janji klinik pula, hanya seorang peneman atau pengiring sahaja dibenarkan, kecuali untuk pesakit kanak-kanak, pesakit yang memerlukan bantuan, kes kecemasan atau keadaan yang memerlukan.

“Dasar ini perlu bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di hospital, serta memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 secara berterusan,” katanya dalam kenyataan di sini, lapor BH Online.

Dr Noor Hisham berkata, penting untuk masyarakat melindungi pesakit dan petugas kesihatan daripada dijangkiti virus COVID-19.

“Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan hospital serta membolehkan penjarakan sosial dapat diamalkan.

“Semakan terhadap garis panduan ini akan dilakukan dari semasa ke semasa, dan sebarang perubahan tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");