Perak Hari Ini

Wanita Bergelang Merah Jambu COVID-19 Dikenal Pasti, Polis Jalankan Siasatan

IPOH: Polis telah mengenal pasti individu yang gambarnya tular memakai gelang tangan berwarna merah jambu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pengesanan COVID-19 dan berada dalam sebuah kedai makan di Meru Raya, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata wanita berusia 72 tahun itu baru sahaja pulang dari luar negara dan diarahkan menjalani perintah kuarantin wajib selama 14 hari di rumahnya sehingga 17 Julai.

“Satu laporan polis telah dibuat Ketua Polis Balai Jelapang berkenaan kejadian itu.

“Polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Asmadi, kes turut disiasat di bawah Seksyen 24(A) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan penjara maksimum dua tahun atau denda.

“Justeru orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Turut dinasihatkan agar mematuhi perintah kuarantin 14 hari yang diberi bagi tujuan membendung wabak pandemik COVID-19 kerana Malaysia masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya lagi.

Sebelum ini foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");