Perak Hari Ini

Wanita Pertama, Bekas Pesakit Kanser Dilantik Setiausaha Bandaraya MBI

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah melakar sejarah baru apabila melantik sorang wanita sebagai Setiausaha Bandarayanya yang mana beliau juga merupakan seorang bekas pesakit kanser.

Zuraina Kamarul Ariff bekas Pengarah Kanan-Infrastruktur & Perancangan MBI telah dilantik Setiausaha Bandaraya yang ke 12 berkuatkuasa pada 1 Julai 2020 bagi menggantikan Mohd Zakuan Zakaria.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin menyerahkan watikah perlantikan Setiusaha Bandaraya kepada Zuraina Kamarul Ariff
Zuraina Kamarul Ariff menerima anugerah “Wanita Contoh” daripada Persatuan Pink Champion Perak

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ianya sesuatu pengiktirafan kepada kaum wanita MBI khususnya dan Kerajaan Perak dalam meletakkan kaum wanita ke tahap yang tertinggi dalam perkhidmatan awam.

“Kekentalan Zuraina patut dicontohi oleh semua wanita di Malaysia kerana walaupun pernah mengidap penyakit kanser namun tidak menghalang beliau untuk meneruskan cita-citanya untuk menabur bakti kepada wargakota Ipoh,” katanya kepada pemberita hari ini semasa. Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Setiusaha di MBI, hari ini.

Katanya, Zuraina mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran MBI kerana telah berkhidmat selama 30 tahun sejak 15 November 1990 sehingga kini.

“Lantikan beliau telah mendapat persetujuan daripada kerjaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu,” katanya.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin

Sebagai rekod, Zuraina mempunyai lulusan Ijazah Kejuruteraan, Kejuruteraan Am (Kepujian) dari Universiti Middlesex, London, United Kingdom sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Master of Science (Pengurusan Projek) di Unitversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Dalam pada itu menurut Zuraina, beliau telah disahkan menghidap kanser lidah tahap kedua pada April 2013 sehinggakan beliau terpaksa mengambil cuti sakit selama dua tahun enam bulan bagi menjalankan rawatan.

“MBI sentiasa memberikan saya sokongan penuh dan galakan dalam melawan penyakit ini di mana saya pernah terfikir ini adalah pengakhiran kepada kerjaya saya.

“Saya telah berjaya menyelesaikan kesemua rawatan pada tahun 2018,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");