Berita Hari Ini

Yuran Asrama, Aktiviti Universiti Awam Dikurangkan 15 Peratus – Noraini

KUALA LUMPUR – Kadar yuran asrama, perkhidmatan dan aktiviti mahasiswa universiti awam (UA) dikurangkan sehingga 15 peratus selepas mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dan UA sendiri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dengan maklum balas pelajar, ibu bapa dan pihak berkepentingan supaya yuran di universiti dikurangkan.

“KPT membuat rundingan dan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan hasilnya, kerajaan bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama, perkhidmatan dan aktiviti sehingga 15 peratus,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya)pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, lapor Harian Metro.

Shamsul Iskandar meminta penjelasan mengenai apakah kerajaan menyediakan inisiatif mengurangkan yuran pengajian pelajar UA yang terkesan akibat Covid-19.

Noraini berkata, sejumlah RM20 juta dipersetujui bersama Kementerian Kewangan dan baki RM52 juta menggunakan peruntukan dalaman UA menerusi penjimatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pengurangan yuran bagi semester dua Sesi Akademi 2019/2020 pelajar itu membabitkan peruntukan sebanyak RM72 juta.

Menurutnya, seramai 523,318 pelajar UA di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");