Perak Hari Ini

250 Peserta Sertai Townhall Rancangan Tempatan MBI

IPOH: Seramai 250 peserta yang terdiri daripada wakil rakyat, Ahli Majlis, MPKK, NGO dan pihak-pihak berkepentingan telah mengambil bahagian dalam Sesi Townhall Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Ipoh (RTMBI) 2023 di Stadium Indera Mulia pagi tadi.

Program anjuran MBI itu diadakan bagi membentuk hala tuju pembangunan serta membincangkan isu, masalah dan cadangan awal pembangunan bagi aspek-aspek berkaitan dengan kawasan kajian Rancangan Tempatan.

Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berharap program seumpama itu akan menjadi platform terbaik dalam membantu mendapatkan maklum balas dan pandangan dari warga kota Ipoh dalam menentukan pembangunan masa hadapan.

“Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang akan tamat tidak lama lagi perlu diganti untuk menyusun semula hala tuju pembangunan agar selaras dengan pelbagai agenda pembangunan terbaharu seperti Sustainable Development Goals, New Urban Agenda dan Draf RSN Perak 2040,” katanya ketika berucap merasmikan acara tersebut.

Program selama tiga jam itu kawal selia oleh tiga fasilitator yang mewakili tiga kumpulan.

Kumpulan pertama membincangkan matlamat, Ipoh sebuah bandar raya mampan, berimejkan warisan dan bertaraf dunia dikendalikan, wakil Plan Malaysia, Dr. Chua Ran Shee.

Kumpulan kedua pula membincangkan matlamat, Ipoh sebagai pelancongan pintar, berdaya huni dan berdaya tahan telah dikendalikan Pengarah Kanan-Perkhidmatan MBI, Rohayah Abdul Kadir.

Manakala Kumpulan ketiga pula telah membincangkan matlamat, menjadikan Ipoh bersih, indah dan selesa untuk didiami, bekerja serta menjadi tarikan pelaburan dan pelancongan. Ia dikendalikan Pengarah Perancang Bandaraya Mohd Zainal Abdul Hamid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");